🇲🇾 ADHD Directory
Direktori Ekosistem ADHD Malaysia
Panduan Komuniti, Penilaian, Klinikal, dan Sokongan
Kemaskini terakhir: 29 Mac 2026
Disediakan oleh: Hasrizal Abdul Jamil merupakan Penasihat Profesional Pendidikan Inklusif, Malaysian Adult ADHD Society (MAAS). Menerima diagnosis ADHD klinikal pada tahun 2022, pada usia 47 tahun. Pemegang ijazah Bachelor of Shariah, Mu’tah University, Jordan, dan M.Ed. (Diversity and Inclusion), Trinity College Dublin, dengan penyelidikan bertajuk “Exploring the Academic Experiences of University Students with ADHD in the Era of Generative AI.” Bidang tumpuan: ADHD dan pendidikan inklusif, dengan minat khusus kepada Universal Design for Learning (UDL) dan Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) sebagai metodologi penyelidikan.
Kata Pengantar
Saya masih ingat betapa sukarnya, pada awal perjalanan selepas diagnosis, untuk mencari jawapan kepada soalan yang mudah sahaja: siapa yang boleh membantu dan di mana mereka berada?
Ekosistem sokongan ADHD di Malaysia sudah berkembang, jauh lebih pesat daripada yang disedari ramai. Ada komuniti, ada klinik, ada advokat, ada dokumen rasmi kerajaan. Yang kurang hanyalah sebuah peta yang menyatukannya.
Direktori ini adalah usaha pertama saya untuk melukis peta itu. Ia bukan senarai lengkap dan ia pasti akan berubah seiring masa. Tetapi semoga ia menjadi titik permulaan yang berguna untuk sahabat yang baru memulakan perjalanan ini dan titik semak untuk mereka yang sudah lama berada di dalamnya.
Panduan Ikon
Ikon Makna 🧠 Fokus ADHD Dewasa 👦 Fokus ADHD Kanak-kanak / Remaja 🔍 Penilaian (Assessment) 💬 Terapi / Intervensi 📣 Advokasi / Media / Komuniti 🌐 Dalam Talian / Seluruh Malaysia 📍 Lokasi Fizikal
Bahagian 1: Komuniti, Advokasi, dan Persatuan
🔹 Malaysian Adult ADHD Society (MAAS)
Persatuan ADHD Dewasa Malaysia
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa | 📣 Advokasi | 🌐 Seluruh Malaysia
Keterangan: Organisasi bukan untung yang berkembang daripada komuniti Facebook semasa pandemik. Diketuai oleh Zulhafiy Zolkipli, MAAS menumpukan advokasi untuk orang dewasa dengan ADHD, sokongan rakan sebaya, dan inklusiviti di tempat kerja.
Laman web: adhdmalaysia.com
🔹 Persatuan ADHD Malaysia (MyADHD)
Fokus: 👦 ADHD Kanak-kanak / Keluarga | 📣 Advokasi | 🌐 Seluruh Malaysia
Keterangan: NGO yang lebih lama bertapak, dengan tumpuan kepada keluarga, ibu bapa, dan kanak-kanak dengan ADHD. Aktif di Facebook dan Instagram dengan bahan kesedaran dan bengkel.
Media Sosial: Facebook MyADHD
🔹 Malaysian Mental Health Association (MMHA)
Fokus: 🧠 Kesihatan Mental Umum (termasuk ADHD) | 📣 Advokasi | 🌐 Seluruh Malaysia
Keterangan: Badan kesihatan mental berpengaruh di Malaysia. Bukan entiti ADHD khusus, tetapi telah memberi kenyataan awam tentang realiti ADHD dewasa dan keperluan sokongan yang lebih baik.
Laman web: mmha.org.my
Bahagian 2: Platform Sokongan Digital dan Peer Support
🔹 SAPOT
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa (antara lain) | 💬 Peer Support | 🌐 Dalam Talian
Keterangan: Rangkaian accredited peer support pertama di Malaysia. Menawarkan sesi bersama “SAPOT Warriors” yang terlatih dan bekerjasama dengan MENTARI di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Salah seorang pengasasnya, Fatiha Shuib, secara terbuka membawa lived experience Bipolar II dan ADHD ke dalam kerja advokasi.
Laman web: sapot.app
🔹 KÜÜLR (@wearekuulr)
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa | 📣 Kesedaran & Komuniti | 🌐 Dalam Talian
Keterangan: Platform yang menggambarkan dirinya sebagai ruang pertama di Malaysia yang memfokuskan kesedaran ADHD dan neurodivergensi. Kandungan awam merangkumi perbincangan tentang diagnosis, ubat dan sokongan komuniti.
Instagram: @wearekuulr
Bahagian 3: Pusat Penilaian dan Intervensi Klinikal (Swasta)
🔹 Minda Inklusif
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa | 🔍 Penilaian | 💬 Intervensi & Psikoedukasi
Lokasi: 📍 Lembah Klang (Kuala Lumpur / Selangor)
Keterangan: Antara entiti paling tersusun untuk ADHD dewasa di Malaysia. Menawarkan penilaian klinikal, intervensi, latihan, dan psikoedukasi. Memaparkan senarai ahli psikologi klinikal berdaftar (MAHPC) dengan nombor pendaftaran profesional, termasuk beberapa yang menyatakan fokus khusus pada ADHD dewasa. Antara pengamal yang tersenarai: Izzat Zaid, Michelle Yong, Wallace Geh, Aiman Amri, Alicia Ng, dan Ilani Ali.
Laman web: mindainklusif.my
🔹 Aloe Mind PLT
Fokus: 🧠 🔍 Penilaian ADHD Dewasa | 💬 Psikoterapi | Rujukan Psikiatri
Lokasi: 📍 Kuala Lumpur
Keterangan: Menawarkan clinical intake, penilaian ADHD, sesi penerangan keputusan, dan rujukan lanjut jika ubat diperlukan. Jelas menyatakan bahawa rujukan kepada psikiatris akan dicadangkan sekiranya perlu.
Laman web: aloemind.com/adhd
🔹 International Psychology Centre
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa | 🔍 Penilaian | 💬 Psikiatri & Psikologi
Lokasi: 📍 Kuala Lumpur
Keterangan: Bahagian Adult Psychiatry secara terbuka menyenaraikan Adult ADHD Assessment sebagai salah satu fokus konsultasi.
Laman web: psychology.com.my/Adult-Psychiatry
🔹 Centre for Clinical Neuropsychology, HELP University
Fokus: 🧠 👦 Penilaian Neuropsikologi | 🔍 Perhatian, Memori, Fungsi Eksekutif
Lokasi: 📍 Petaling Jaya, Selangor
Keterangan: Bukan pusat ADHD khusus, tetapi amat relevan untuk penilaian tindih-bertindih yang melibatkan perhatian, fungsi kognitif, pembelajaran, dan fungsi eksekutif. Diketuai oleh Dr A Padmassini, Clinical Neuropsychologist dan Clinical Psychologist.
Laman web: neuropsychology.help.edu.my
Bahagian 4: Psikiatris dengan Fokus ADHD
🔹 Dr Hazli Zakaria
Consultant Psychiatrist, Avisena Specialist Hospital
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa | 🔍 Penilaian Psikiatri | 💬 Rawatan
Lokasi: 📍 Shah Alam, Selangor
Keterangan: Profil rasmi menyatakan minat klinikal khusus dalam Adult ADHD. Beliau juga disenaraikan sebagai penasihat SAPOT.
🔹 Dr Rabin Gonzaga
Consultant Psychiatrist, Gleneagles Hospital
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa | 💬 Psikiatri Klinikal | 📣 Pendidikan Awam
Lokasi: 📍 Kuala Lumpur
Keterangan: Telah bercakap secara khusus tentang cabaran ADHD dewasa di Malaysia dalam podcast BFM.
Profil: Gleneagles KL
🔹 Dr Rozanizam Zakaria
Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
Fokus: 👦 ADHD Kanak-kanak & Remaja | 📣 Pendidikan Awam
Lokasi: 📍 (Semak laman rasmi untuk maklumat terkini)
Keterangan: Dikenali sebagai pendidik awam dan klinikal untuk ADHD kanak-kanak dan remaja. Pernah muncul dalam program berkaitan MAAS. Lebih sesuai sebagai rujukan untuk kes remaja berbanding ADHD dewasa.
Facebook: Dr Rozanizam Zakaria
Bahagian 5: Psikologis, Neuropsikologis, dan Terapis Berkaitan ADHD
🔹 Pasukan Klinikal Minda Inklusif
Fokus: 🧠 ADHD Dewasa | 🔍 💬 Penilaian & Terapi
Lokasi: 📍 Lembah Klang
Pengamal tersenarai (berdaftar MAHPC): Izzat Zaid, Michelle Yong, Wallace Geh, Aiman Amri, Alicia Ng, Ilani Ali, dan lain-lain.
Laman web: mindainklusif.my
🔹 Dr A Padmassini
Clinical Neuropsychologist & Clinical Psychologist, HELP University
Fokus: 🧠 👦 Penilaian Neuropsikologi | 🔍 Fungsi Eksekutif, Memori, Perhatian
Lokasi: 📍 Petaling Jaya, Selangor
Keterangan: Relevan untuk penilaian mendalam yang melibatkan pertindihan ADHD dengan isu neuropsikologi lain.
Laman web: neuropsychology.help.edu.my
🔹 Nasirah Zulkifli
Occupational Therapist & Clinical Director, Urbane Ethos Early Intervention Centre
Fokus: 👦 Intervensi Awal | 💬 Terapi Pekerjaan (Fungsional)
Lokasi: 📍 Malaysia (semak laman untuk cawangan)
Keterangan: Relevan dari sudut intervensi fungsional dan kefungsian harian. Pernah muncul dalam program MAAS berkaitan ADHD sebagai cabaran pekerjaan dan kehidupan seharian. Walaupun bukan psikiatris atau psikologis, kepakaran occupational therapy beliau amat bernilai untuk kes yang memerlukan sokongan fungsional.
Laman web: urbaneethos.center
Bahagian 6: Figur Awam, Advokat, dan Pempengaruh
Individu-individu ini membantu membuka perbincangan awam dan mengurangkan stigma tentang ADHD di Malaysia.
Nama Peranan Fokus Zulhafiy Zolkipli Presiden MAAS, Advokat ADHD Dewasa 🧠 📣 Fatiha Shuib Pengasas SAPOT, Lived Experience ADHD & Bipolar II 🧠 📣 Diana Danielle Figura awam, terbuka tentang lived experience ADHD 🧠 📣
Bahagian 7: Rujukan Rasmi Kerajaan dan Sistem
🔹 MENTARI Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Fokus: 🌐 Sokongan Komuniti Kesihatan Mental | Rujukan & Outreach
Keterangan: Pendekatan komuniti KKM untuk outreach dan reintegrasi individu dengan masalah kesihatan mental. Bukan saluran ADHD khusus, tetapi merupakan pintu masuk yang penting untuk sokongan dan rujukan awam. SAPOT juga menyatakan kerjasama dengan MENTARI.
Portal: mentari.moh.gov.my
🔹 Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) ADHD, MaHTAS / KKM
Edisi Kedua
Fokus: 🧠 👦 Rujukan Klinikal Rasmi | ADHD Dewasa & Kanak-kanak
Keterangan: Edisi kedua CPG ini menambah skop adult ADHD dan tempoh transisi ke dewasa, suatu penambahbaikan penting berbanding edisi pertama yang lebih tertumpu kepada kanak-kanak.
Muat turun (PDF): CPG ADHD, Edisi Kedua
🔹 Risalah Maklumat Pesakit (PIL) ADHD, KKM
Fokus: 🧠 👦 Maklumat Pesakit | Pendidikan Kesihatan
Keterangan: Disediakan bersama KKM, Academy of Medicine Malaysia, dan Malaysian Psychiatric Association.
Muat turun (PDF): ADHD Patient Information Leaflet
🔹 Formulari Ubat KKM (FUKKM): Methylphenidate
Fokus: 🧠 👦 Rujukan Ubat Rasmi
Keterangan: Sistem rasmi KKM yang menyenaraikan methylphenidate sebagai ubat untuk ADHD dalam sistem farmasi awam Malaysia.
Pautan: FUKKM
🔹 Semak Kelayakan Pengamal Perubatan: MMC / NSR
Fokus: 🔍 Verifikasi Pengamal
Keterangan: Untuk memastikan doktor atau pengamal yang ditemu adalah berdaftar dan memiliki sijil amalan yang sah. Kaunselor berdaftar boleh disemak melalui Lembaga Kaunselor Malaysia.
Pautan: merits.mmc.gov.my
Rumusan: Tiga Lapisan Ekosistem
Lapisan Entiti Utama Komuniti & Advokasi MAAS, MyADHD, SAPOT, KÜÜLR Penilaian & Intervensi Profesional Minda Inklusif, Aloe Mind, International Psychology Centre, HELP Centre for Clinical Neuropsychology Rujukan Sistem Awam MENTARI, CPG ADHD (KKM), FUKKM
Nota Penyusun
Direktori ini disusun berdasarkan maklumat yang boleh disemak secara awam pada tarikh kemaskini. Ia bukan pengesahan klinikal atau cadangan peribadi untuk mana-mana perkhidmatan. Untuk penilaian atau rawatan, sila rujuk pengamal berkelayakan yang berdaftar dengan badan profesional yang berkaitan (MAHPC, MMC, Lembaga Kaunselor Malaysia).
Sekiranya ada entiti yang terlepas pandang, atau maklumat yang perlu dikemaskini, sila hubungi saya melalui hasrizal.com atau tinggalkan nota di ruangan komen.
Direktori ini adalah sebahagian daripada projek penulisan berterusan di ADHD Dewasa Substack, sebuah ruang berbahasa Melayu untuk perbincangan ADHD dari perspektif dewasa.

